Tuesday, December 22, 2009

'Cinta' itu 'Memberi'

0 Comments

Bismillah Wal Hamdulillah...




Sudah menjadi sunatullah, orang yang berjaya pada tahap “biasa-biasa” sahaja ialah orang yang membawa hanya dirinya sahaja berjaya. Tetapi orang yang berjaya pada tahap luar biasa ialah orang yang membawa orang lain berjaya bersamanya. “No man becomes rich unless he enriches others” – tidak ada orang boleh menjadi kaya hingga dia “mengkayakan” orang lain.

Hakikat ini bukan sahaja dilihat dari sudut material, malah di sudut ilmu, iman, taqwa pun begitu juga. Orang yang paling beriman, bertaqwa dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain bertaqwa, beriman dan berilmu bersamanya!

Hakikat ini semacam sudah tradisi dalam perjalanan hidup para Salafussolaeh zaman dahulu. Lihat sahaja Rasulullah s.aw. Baginda dikenali sebagai pemimpin yang berjaya. Dan di bawah didikannya telah lahir ramai pemimpin-pemimpin lain yang berjaya. Antaranya Sayidina Abu Bakar ra, Umar ra, Uthman ra, Ali ra dan sebagainya. Begitu juga dikalangan ulama-ulama besar. Lihatlah betapa ramainya ulama yang dilahirkan hasil didikan Imam Safie, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Bagaimana membawa orang lain berjaya bersama kita? Untuk itu kita mesti amalkan sikap memberi. Kita mesti memberikan ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran kepada orang di sekeliling kita. Jangan bakhil menabur kebaikan. Monopoli ilmu, tenaga, bakat dan kemahiran yang ada hanya akan menyekat pertumbuhan dan perkembangan diri kita sendiri. Percayalah, memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri. Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum! (^^,)

Kesimpulan :

Antara cinta dan memberi memang saling berkait :
1. Ada orang berharta tapi tak kesah nak memberi
2. Ada yang sibuk nak cukupkan harta sendiri dan...
3. Ada juga yang mudah memberi walaupun tak berapa nak ada harta.

Bila kita menjaga dan merebut cinta IBU kita maka lebih mudah untuk kita menjadi insan yang senang memberi diketika kurang berada lebih-lebih lagi bila dah berada.

Sumber : http://genta-rasa.com/

Wednesday, December 16, 2009

Dialog antara dua insan yg berkasih kerana Allah dengan syaitan…….

1 Comments

Kisah bermula apabila Azman yang menjalin ikatan pertunangan dengan Aisyah melalui proses yang agak ketat ketika masing2 masih belajar di sebuah kampus di Lembah kelang. Maka bermulalah konflik dalam diri Azman dan Aisyah. Apakah yang tindakan seterusnya setelah selesai majlis pertunangan yang melibatkan keluarga masing2. Maka bermulalah dialog tersebut…….

Azman : apa yang patut aku lakukan sekarang, Aisyah dah menjadi tunanganku (bisik hati kecilnya)

Syaitan : apa kau nak fikirkan lagi mesej la tanya khabar, kalau x pun call terus, boleh dengar suara….

Azman : aaah….. aku x akan berbuat demikian, aku dah berjanji dengan diriku tidak akan mesej selagi belum ada ikatan yang sah.

Syaitan : tapi kau dah bertunang, x salah la kalau kau mesej atau call dia, dia dah jadi milik kau.

Azman : tidak sama sekali, aku tetap dengan prinsipku. Aku ingin mewujudkan hubungan yang diberkati Ilahi.

Syaitan : alah! X salah kalau tanya khabar je.. kau x rindu dia ke?

Azman : ai…tipula kalau x rindu…

Syaitan: habis tu mesej la dia

Azman kebingungan………………..

---------------------------------------------------------------------------


Aisyah : kenapa yer rasa lain macam je ni (hati kecilnya berkata2)

Syaitan : mesti kau rindukan Azman ni, kau kan tunang dia.

Aisyah : betul la, rasa rindu semakin membuak-buak ni, apa yang aku harus lakukan???

Syaitan : kau mesej la kat dia, tanya khabar..

Aisyah : mana boleh aku dah janji dengan dia x akan mesej selagi belum ada ikatan yang sah..

Syaitan : alah! Apa la sangat dengan janji tu, mesej je la..

Aisyah : betul jgk tu, mesej je kan bukan apa2 pun..

Syaitan : bagus3..

Ketika jari jemari cuba hendak menekan buton henset tiba2 dia teringat pesanan ustaz Razali(pensyarah yang menjadi mentoonya), katanya: “sesungguhnya berhati2 lah kamu ketika berkomunikasi antara lelaki dan perempuan kerana syaitan akan sentiasa menghasut untuk menyesatkan kaum nabi adam."

Tersentak dengan kata2 tersebut maka Aisyah mengucap panjang…..astaghfirullah x3

Azman : apa yang perlu aku lakukan ni???

Syaitan : kan aku dah bagitau tadi, mesej je la…….

Azman : tidak!!! Aku tidak akan gadaikan hubungan yang suci ini ….. aku kena yakin dengan janji Allah, “perempuan yang baik ialah untuk lelaki yang baik”.

Syaitan semakin tertekan, semua umpan yang diberikan kepada Azman dan Aisyah tidak menjadi. Syaitan berkata dengan angkuh, “aku akan pastikan hubungan mereka x akan kekal selamanya . Aku akan hasut hingga mereka sampai bila-bila” hahahahahaha………."

Pengajaran :

Bertunang janji murni ke arah penuhi sunnah Rasulullah SAW. Batas hubungan pasangan belum bernikah perlu dijaga bagi elak perbuatan zina.

PERTUNANGAN bertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan tertentu.

Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan ditetapkan agama. Jika mereka melakukan hubungan seks sebelum bernikah,mereka sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.

Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah. Mereka yang sudah mampu dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga.

Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara jangan dilewatkan, iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila siap diuruskan untuk dikebumikan dan wanita yang belum bersuami, tetapi sudah ada calon sesuai." (Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

Larangan menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah besar. Antaranya firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan mendatangkan keburukan."
(Surah al-Israk, ayat 32)

Diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ali Jabir bin Abdullah, Abu Sanid Al-Khudri, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, Buraidah al-Aslam, bahawa seorang sahabat nabi bernama Masiz dihukum rejam oleh pengawasnya sendiri bahawa ia berzina.

Begitu juga dua perempuan dari Bani Kakhim dan Bani Khamid yang dijatuhi hukuman rejam di atas pengakuan berzina. Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah kamu menahan pandangan mereka serta memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur, ayat 31)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak akan berbicara dengan Allah pada hari kiamat, dan Allah juga tidak akan memandang mereka dan akan mendapat azab yang pedih iaitu, lelaki tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak lagi dalil memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan.

Jika dulu, majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang ramai. Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga.

Mungkin restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa. Sebagai pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk mereka memahami satu sama lain.

Jika dilihat, pasangan bertunang agak bebas dalam pergaulan, sebaiknya ibu bapa serta keluarga menyegerakan upacara pernikahan kerana itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan tingkah laku menyalahi ajaran agama. Agak menyedihkan apabila tingkah laku anak muda hari ini tidak dipedulikan ibu bapa yang menganggap adalah sesuatu yang biasa untuk membenarkan mereka sering berjumpa atas alasan supaya lebih mengenali.

Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu berseronok-seronok atau berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Seriusnya supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan hubungan intim lelaki dan wanita, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Lebih baik seseorang lelaki berdekatan dengan binatang bernajis yang berlumuran lumpur daripada ia berdekatan bahunya kepada wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat at-Tarbrani) .

Hormati ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih sayang dan kesejahteraan.

Tinta pena
Mubarak Fikri
Exco Lajnah Ekonomi dan Pemasaran, ISIUKM

ISLAM UNTUK SEMUA

Monday, December 14, 2009

Fikirkan Sejenak..

0 Comments

Bismillah wal Hamdulillah..

Salam alaik..

Lama dah tak menulis dalam 'rumah' ni. Ramai juga yang tertanya-tanya. Tapi apakan daya, ruang masa dan kesempatan yang tak mengizinkan, tambah pula dengan mekanisma yang tak mencukupi di Imarah Wilayah ni (ada je cc kat bawah ni, tapi tak berminat nak turun). Sekadar berkongsi beberapa soalan yang saya ambil dari blog seorang adik. Moga bermanfaat buat semua..

Solat hari ini cukup?
Sampai saat ini berapa kali dah istighfar, bertahmid, berzikir?
Dalam bulan ni berapa kali dah buat solat tahajjud, hajat dan istikharah?
Minggu ni pulak berapa kali dah menitiskan air mata menyesali kesilapan kita?
Sepanjang hayat ini berapa kali kita khatam Al-Qur’an?
Renungkan…
Semoga kita menjadi hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa...
InsyaAllah…

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri

0 Comments

Bismillah Wal Hamdulillah..


Selamat Hari Raya
:: Aidilfitiri ::
Maaf Zahir & Batin :-)

Thursday, September 10, 2009

Lailatulqadar Dan Tanda-Tandanya

0 Comments

Bismillah wal Hamdulillah..


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Sumber : www.iluvislam.com

Semoga Ramadhan 1430 Hijrah ini kita berpeluang untuk bertemu malam penuh barakah ini.. (^^,)

Kisah Pemuda Soleh

0 Comments

Bismillah wal Hamdulillah..

Sekadar berkongsi kisah teladan. Pemuda soleh yang sangat makbul doanya. Kenapa tinggi darjatnya sampai sebegitu sekali? Amalan apakah yang dilakukannya tatkala di usia muda sehingga namanya telah disebut oleh Rasulullah SAW kepada sahabat Baginda, Saidina Umar dan Saidina Ali Radhiallahuanhuma?

Uwais Al-Qarni seorang yang taat pada ibunya. Setiap perintah dan larangan ibu, sentiasa diturutinya. Apatah lagi perintah Allah SWT, Pencipta ibunya. Kita bagaimana? Ibu yang jauh diperantauan sentiasa teringatkan kita. Ibu yang jauh di sana sentiasa mendoakan kita. Taatilah ibu ayah, mudah-mudahan dianugerahi-Nya keberkatan hidup di dunia dan akhirat, insyaAllah.

"Rabbiqfirli wa li waalidaiya, warhamhuma kama rabbayaani soghira"
(Wahai Tuhan ku, ampuni kedua ibu ayah ku, dan kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi ku waktu kecil ku)

Kisah Pemuda Soleh

Uwais Al-Qarni asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menambah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Sumber : http://razalihassan.blogspot.com

Saturday, September 5, 2009

May Allah Bless Us

0 Comments

Bismillah wal Hamdulillah..

Sekadar berkongsi sebuah kisah. Mudah-mudahan kita sama-sama beroleh kesedaran dari kisah ni. Kisah yang simple tapi punyai mesej yang sangat penting untuk semua manusia. Terutamanya kita sebagai hamba-NYA. Salam Ramadhan 1430 Hijrah, kini dalam fasa kedua, fasa maghfirah ataupun pengampunan. Sama-sama kita manfaatkan Ramadhan kali ini. Selamat membaca...

I woke up suddenly one night and saw a strange light in my room. The problem is that the lights are off. I saw the clock, it was 3.30 in the morning. Okay...so where is all this light coming from??

I turned around and saw something very strange. My body was half way through the wall (??!) I immediately pulled it out and sat down to see if i'm okay.

This is strange...

I tried to push onto the wall, but MY ARM GOES THROUGH.

I heard a sound. I turned to my brother's bed to see him sleeping. I was really scared of what was happening to me...so I tried to wake him up.....but....he doesn't reply!!

I went to ! my parent's bedroom..I tried to wake up my mother...and father...I just wanted somebody to react to me. But nobody did.

I tried to wake my mother up again...she woke up this time...

------------------------------------------

she got up ... but didn't communicate to me. She was saying "In the name of Allah, most Merciful, most Gracious" again and again...

She woke my dad up saying 'get up, I want to check up on the kids.'

My dad replied in disinterest .. 'it's not time for this, let me sleep and inshAllah tomorrow i'll get to that'.

But she was insisting..so he woke up.

I was THERE. I was screaming..'dad', 'mum' ... nobody was replying. I held mother's clothes to grab her attention..but she didn't recognise my existence. I followed her 'till she got to my bedroom.

They got into the room and turned on the lights. It wasn't making any differe! nce to me anyway because there was a strong light there.

I then saw the strangest thing in my life. My OWN BODY....on my bed.

I was trembling...how can there be two of me??...how can that person look so much like me??...and what is he doing on my bed????

I started hitting/slapping myself to wake up from this nightmare. But it was too real to be a nightmare. Dad said 'Yalla, see the kids are sleeping. Let's go back to bed..'

But mother wasn't at all confident...she went to the person sleeping in my bed and said 'Khalid, wake up!! ... WAKE UP!!'

but he wouldn't reply. She tried again and again....but no reply.

Then i turned to see my dad tearing. Today witnesses the first time in my life that I have seen my dad's tears. The place was shaking with the screaming. My brother woke up..."What's going on??!"

In a very sad tone! , with tears rolling down her cheek, mother replied 'your brother's dead! Khalid is DEAD!!'
I went to mother and said 'please mum...don't cry..I'm right here look at me!'

But nobody's replying to me..WHY??

I turned to Allah and asked Him to wake me up from the nightmare! quickly following my dua was a voice saying (Quran):
" You were in negligence from this, so We uncovered the blinds and today your sight is (like iron) "

Suddenly two creatures held my arm..they weren't human!!

"Leave me ALONE! Who are you and what do you want from me??"

'We're your grave's guards'

I said 'but I'm not dead yet! let go of me!!'

I can still see, hear, touch, and speak..I'm not dead!

They replied wit! h a smile : "You humans are fascinating! You think that by dying your life ends, while in fact life on Earth is a small dream compared to the Here after; a dream that ends at your death."

They started pulling me towards my grave.

On the way I saw people just like me, each had two guards like mine. Some were smiling, others crying, others screaming. I asked the guards 'why are they all doing that?'

They replied 'These people now know their fate...some were in ignorance so they--'

'--so they go to Hell??!' I interrupted

They said 'yes.' and continued..

'and those laughing are going to Heaven'

I quickly replied: 'What about me...where will I go??'

They said 'you were at times a good Muslim, while other times not. One day you obey Allah, the next you disobey Him. And you weren't clear with yourself and your fate will remain so: lost.'

I replied, shaking: 'SO! AM I GOING TO HELL??'

They said: ' Allah's mercy is great, and the journey is long '

I turned to see my family carrying my dead body in a coffin..so i ran to them ..

I said: 'make dua for me' but nobody replied. I went to my brother and warned him .. 'be careful with what you do in this life... don't be a fool like myself!' I was really hoping that he could hear me.

The two angels (guards) tied up my soul on top of my body. I saw my relatives pouring sand over me.

------------------------------------------

At that moment I was hoping that I would be in their place. That I can turn to Allah and do as much as He wants from me. That I would ask for forgiveness and once and for all repent my sins that angered Him. But unfortunately I couldn't.

I shouted ' People, don't let this life tempt you! Wake up to the truth... one day you will! DIE, and you never know when..or how. '

I hoped for somebody to hear me....nobody there did

But YOU heard me....Save yourself.

Smile to others, forgive them when you have the power to punish them. Allah forgives those that forgive others. Do your prayers regularly with an open heart. Let Allah guide your life, not Satan. Read the Quran regularly and let the Prophet (p.b.u.h) be your role model in life. Work in this timed life for your salvation in an eternal one.

And ... make dua for me because I'm not perfect. And I point the above to myself just as much as I do to my friends.
Please spread this message to as many people as possible, for every person whose heart it touches Allah will reward you in this life and the hereafter.

Keep the chain GOING.

Tuesday, September 1, 2009

Tag - Edisi Ramadhan 1430 H

0 Comments

Bismillah wal Hamdulillah..

Lama dah tak menulis kat blog ni. Rajin copy paste je akhir-akhir ni. Almaklum, sibuk yang pelbagai dengan ragam internet yang tak menentu (alasan??). A'la kulli hal, pagi ni berkesempatan juga nak menulis sikit sempena Ramadhan 1430 H ini. Post kali ni mungkin tak se'ilmiah' mana. Lebih kepada pengenalan diri sendiri.

Hm, semalam tengok kat shoutbox, baru perasan rupanya ada tag dari adik jie. First time dapat tag. Bila baca-baca soalan tag tu, rasa segan je nak jawab. Tapi bila tinjau-tinjau pada sahabat blogger lain yang dah jawab tag tu, rasanya boleh kot saya jawab sekadar perlu. Harap boleh terima lah ye jawapan tag ni..

Soalan-soalannya...

1) Nama timangan anda?
Nama timangan ni nama panggilan kan. Em, banyak juga. Kalau kawan-kawan ada yang panggil khairul, yang panggil aswad pun ada. Tak kisah mana-mana, tapi lebih suka kalau orang panggil khairul. Kalau family panggil abang chaq atau ancaq (panggilan untuk abang sulung - sape orang kedah tau lah..)

2) Anda seorang yang..?
Hm, seorang yang biasa-biasa je..

3) Insan yang teristimewa?
Semestinya mama, abah dan keluarga..

4) Lagu kesukaan?
Banyak je..

5) Makanan kesukaan anda?
Kalau kena selera, InsyaAllah semua suka..

6) Sikap yang membuatkan anda stress?
Tak fikir sangat. Manusia ni sikap berlainan. Bila sikap seseorang tu tak kena dengan diri kita, tu yang jadi stress. Jadi saya lebih senang untuk cuba sesuaikan diri dengan sikap semua orang. Kalau tak boleh sesuai juga, berkawanlah sekadar perlu. InsyaAllah tak stress dengan sikap orang tu.. (boleh terima kan jawapan ni..)

7) Warna kegemaran anda?
Masa kecil-kecil dulu suka warna merah, sebab merah ni warna ketua, buktinya masa tu, kebanyakan hero dalam cite Flashman, Maskman & Cybercop ketuanya mesti warna merah, betul tak? Tapi sekarang suka warna-warna cerah sebab cerah ni luas dan menenangkan..

8) Benda yang mesti ada dalam beg?
Aih, betul ke ada soalan macam ni (confius)...

9) Kali terakhir anda menangis?
Semalam. Ye, menangis terharu bila dapat tau natijah imtihan Syahadah Qiraat. Alhamdulillah saya najah. Syukur pada Allah SWT, pada mama, abah juga pada semua yang mendoakan dan sentiasa memberi galakan dan kata semangat.. (^^,)

10) Tag untuk 6 orang rakan anda?
Faten Nadhirah
Hafizul Akbar
Afif Zuhdi
Rasyidi
Ali Imran
Zul Ikhwan

Sekian dulu. Salam Ramadhan 1430 H dari Perlembahan Nil buat semua, terutamanya sahabat-sahabat yang dah pulang menjejak bumi Malaysia. Allah SWT saje yang tahu saat waktu kita bersua kembali.

Wassalam.

Tuesday, August 18, 2009

Tuhan Ampuni Daku

1 Comments

[b.jpg]

Syaaban semakin melabuhkan tirai...
Ramadhan kian melambai...
Menghitung hari, detik, dan saat...
Untuk bertemu denganmu...

Mogaku mampu membasuh jiwa ini...
Mogaku mampu menyucikan hati ini...
Dari kesilapan silam...
Dari dosa-dosa yang lalu...

Kedatanganmu dinanti...
Pemergianmu ditangisi...

Wednesday, August 12, 2009

Paradise Juara Nasyid EGP '09

0 Comments

Bismillah wal Hamdulillah..

Kesungguhan beberapa orang ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) untuk mewakili BKAWM dalam pertandingan nasyid bersempenan Ekspo Gempak PMRAM 2009 (EGP '09) akhirnya membuahkan hasil. Kumpulan nasyid yang pertama kalinya ditubuhkan ini, diketuai oleh Ustaz Malik Ahmad (Bendahari Agung BKAWM). Kejayaan menjuarai pertandingan nasyid ini membuktikan bahawa ahli-ahli BKAWM mampu untuk berada di hadapan mengatasi BKAN dan DPM lain di pelbagai lapangan.

Saya sangat berbangga dengan kejayaan ini. Bagi saya ini satu pencapaian yang sangat baik dalam usaha untuk meningkatkan lagi motivasi ahli-ahli BKAWM yang lainnya, agar tidak berfikiran bahawa ahli-ahli BKAWM yang sekecil ini hanya sekadar dibangku penonton dan bersorak, tapi sebenarnya kita juga adalah ikon-ikon yang boleh ke hadapan.

Mengulas sedikit usaha yang dilakukan oleh kumpulan 'Paradise' (nama kumpulan malik ni...). Semangat berlatih yang ditonjolkan mungkin tidak diperhatikan ahli yang lainnya (sebab imarah pun kosong, takde orang nak tengok). Tapi kesungguhan yang ditunjukkan walaupun pada awalnya kekurangan ahli penasyid dengan beberapa ahli terpaksa menarik diri rentetan komitmen ilmiah yang lain, tidak mematahkan semangat mereka. Training diteruskan ~ us firdaus mokhtar paling semangat, suara pun best..chaiyok2 !!

~ Kalian mengharumkan nama BKAWM ~

Alhamdulillah, dengan kejayaan ni,lepas ni boleh lah BKAWM beli percusion sendiri, latih lagi ahli dalam bidang seni suara. Rupa-rupanya ramai dikalangan ahli BKAWM ni yang hebat dalam bidang seni ini. Us Malik dan sahabat pimpinan UKKK boleh lah gunakan kesempatan ini untuk mencari pelapis baru Paradise memandangkan ada dikalangan ahli Paradise kali ini bakal melangkah kaki pulang meneruskan perjuangan di Tanah Air. Us Hazizul nak balik dah tu, jom2 ~ (",)

Last but not least, saya menyeru diri dan semua ahli BKAWM yang lain, bangun, bina dan perteguhkanlah BKAWM kita. Kita mampu menganjurkan program super mega seumpama SEDEKAD '09 membuktikan keupayaan dan kebersamaan kita. Ukhwah yang dibina, sama-sama kita perkuatkan. Sama-sama kita bina dan cetak ahli BKAWM yang lebih aggresif untuk menjuarai segalanya dalam kebaikan mengatasi BKAN dan DPM gergasi yang lain. Semuanya dengan niat untuk melatih diri agar bersedia untuk membantu membangunkan Islam tatkala pulang ke Malaysia kelak, insyaAllah.

Bak kata Us. Bazli semalam, hari ini kita bercakap dan berhadapan dengan sahabat-sahabat sefikrah, tapi bila pulang nanti, kita akan bercakap, berhujah, berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai fikrah dan pelbagai karenah. Jadi persediaan hari ini bukanlah suatu permainan, tapi suatu keperluan yang sangat penting. Abaikan pandangan negatif orang yang melemahkan andai kita kehadapan. Jangan takut dengan kesalahan yang telah dilakukan, anggaplah medan ini medan tarbiah untuk memperbaiki kesalahan diri.

Semua orang bermula dari 'TIDAK TAHU', tapi diasah dan dilatih agar menjadi 'TAHU'. Dan akhirnya berusaha untuk 'MEMBERITAHU' agar teman-teman yang lain juga beroleh nikmat 'TAHU' itu.

Sekian dulu dari Senyuman-Daie,
Wallahu A'lam.

p/s : khamis ni sy ada imtihan, 1 madah lagi (Qiraat Tahriri), doakn ye..

Monday, August 10, 2009

Pesanan Buat Muslimat

0 Comments

ADUHAI MUSLIMAT KITA : ANDA TAK AKAN KE MANA KALAU...

Perempuan, Wanita dan Muslimah. Sinonimnya kata-kata itu mengibaratkan seorang yang luhur disertakan dengan kelembutan yang berhias di samping diri mereka, lalu keindahan hiasan itu menjadikan perempuan atau wanita itu dianggap lambang kesopanan, ketertiban, keanggunan, kejiwaan serta semua sifat-sifat kewanitaan, ada juga yang menyebut ciptaan mulia dan cantik ini sebagai jatidiri dan nilai ketimuran.

Perempuan,

Sikapnya sering menjadi tarikan kerana kelembutan yang dipelihara, juga kerana tingkah lakunya yang berhalus, dan yang lebih dipandang mulia adalah kerana adab yang disulamkan dengan kepelbagaian akhlak yang molek serta cantik dipandang mata. Oleh kerana itu, wanita atau perempuan yang baik-baik ini senantiasa menjadi rebutan sang kumbang. Kata hati seorang lelaki: biarlah si fulan (wanita) itu ilmunya tidak setinggi mana sekalipun, yang mahunya adalah akhlak dan budinya yang baik. Maka benarlah isi hati lelaki tadi, wanita yang baik walaupun tiada paras rupa yang cantik dan kurang ketinggian ilmu lebih dipandang, saya peribadinya amat bersepakat!

Wanita,

Lalu, mana-mana wanita menjadi lega hati gugupnya, bila si laki-laki memberi jaminan demikian. Maka berlumba-lumbalah para wanita memelihara kelembutan seorang wanita, kehalusan seorang yang bergelar dan lazim dipandang lembut serta mulus, sehingga ada yang buat-buat baik dengan memasukkan nilai luhur itu, ada juga setengahnya yang lebih bertegas, menolak segala sikap kekerasan dalam diri wanita semata-mata mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita di mata seorang lelaki. Akhirnya, itu tak boleh, ini pun tak boleh, semua tidak boleh. Mengapa? Kerana nanti malu dipandang oleh lelaki dan dicop sebagai wanita over, poyo dan tak tahu malu.

Lantas saya menolak tanggapan itu sebulat-bulatnya.

MALU PUN ADA, TAPI PADA TEMPATNYA

‘ana ingat nak minta ustazah saja yang berikan ucapan alu-aluan malam ini, baru nampak kelainan sedikit dalam majlis kita’

‘oh ya! Ana rasa muslimin lebih elok berucap, lagipun tak sesuai pula kalau muslimat ke depan’

Ini jawapan atau alasan saya tidak tahu dan kurang arifnya. Cuma yang saya pastikan, ada sedikit dalih.

‘ana dah cuba betulkan LCD ni tadi tapi tak bernyala juga, apa kata ustazah cuba pula. kalau boleh segera ya, majlis nak mula sekejap lagi’

‘ana malulah ustaz, ramai sangat muslimin di depan tu, ustaz sajalah yang betulkan. Majlis mula lewat sikit pun tak apa’

Kalau bukan jawapan, dalih atau hujah apa ya? Alasan pun bukan juga, mungkin juga saya kira mereka mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita dan tidak mahu dilabel sebagai muslimah yang tidak tahu malu. Iyalah, wanita ini kerjanya di belakang, kenapa tiba-tiba sahaja beria mahu ke hadapan? Tak tahu malukah? Saya tidak kata begitu, tapi kata-kata itu dilontar oleh seorang wanita juga.

Oh ya! Kalau muslimat itu kerjanya di hadapan dan tiba-tiba menggantikan tugas yang lazimnya dibuat oleh seorang lelaki mereka akan digelar tak tahu malu, poyo dan over? Minta beri ucapan, tak boleh! Nanti bimbang orang akan berkata itu dan ini. Lagipun kami ini golongan hawa, perlu menjaga malu berbanding muslimin. Lalu, malu yang macam inikah yang patut ada pada muslimah? Malu untuk ke hadapan? Malu untuk berbuat kebaikkan?

Saya bukan mahu memburukkan mana-mana muslimah, tetapi gejala buat-buat malu dan hipokrit seperti ini sudah lali, muak dan jelek dilihat. Di kampus, apabila berjalan dan bertembung dengan muslimin, mukanya akan ditundukkan ke bawah, lembut gemalainya mengalahkan bidadari dari syurga, sopan saja mengatur susun langkahnya, kalau ada jalan atau susur laluan yang lain, sebolehnya tidak mahu melalui jalan yang dilalui oleh muslimin, oh dasyatnya? Tetapi, apabila di luar kampus? Dialah heroin! Menegur orang lelaki tidak kira tempat, gelak-tawa dialah yang paling tinggi melodi suaranya, bersembang pula dialah yang paling banyak komen dan umpat keji. Namun bila di suruh ke hadapan? Oh tidak boleh, kami sebagai wanita mesti dipelihara malu itu.

Kenapakah begitu wahai para Muslimah?

Saya mahu simpulkan ini dalam beberapa perkara. Yang pertamanya mungkin kerana muslimah sudah hilang ‘KEYAKINAN DIRI’ sedikit demi sedikit untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan oleh mereka. Menganggap diri sebagai ciptaan tuhan yang terlalu lemah adalah alasan dan sebab muslimah akan kehilangan daya itu, lantas terhakis dibuang jauh dan dimasukkan pula sikap malu yang kadang-kadang tidak kena pada tempanya. Saya amat yakin bahawa muslimah ini seorang yang kuat jiwa keperempuanannya dan mampu melakukan apa saja aktiviti yang dilakukan oleh seorang lelaki sekiranya ia tidak bertentangan dengan landasan syarak. Janganlah merasa terlalu rendah diri dengan title seorang wanita yang masih menggaggap diri mereka lemah dan pemalu.

KAGUM DENGAN SIKAP BERANI

Wahai muslimah, andai kenal siapakah orang yang lantang bersuara di kalangan perempuan Islam di zaman Nabi saw dahulu? Ingat lagi pada Saidatina Aisyah? Dia bukan sahaja lantang bersuara di hadapan lelaki mahupun wanita, bahkan menjadi tempat rujukan terkemuka di zaman itu dari segala permasalahan-permasalahan agama. Saya sejujurnya mahu melihat muslimah seperti itu di hadapan mata saya, namun belum lagi ditemui.

Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh.

Malu! katanya bila ditanya.

LANTANG TAPI PENAKUT?

Ada juga muslimat yang berani, tapi beraninya di kalangan kelompok mereka sahaja. Hujah mereka yang berjela-jela dan mantap itu hanya berlangsung ketika di belakang muslimin sahaja, namun perbahasannya masih tertutup dalam kongkongan tempurungnya, dengan erti kata lain, hanya bercakap dan pandai memberi kritikan sesama rakan-rakan seusrah atau lebih besar sedikit ketika usrah gabungan. saya pasti orang-orang ini bila di suruh ke hadapan dialah yang mula-mula melarikan muka agar jangan dipilih.
Lantang bersuara biarlah di tengah-tengah khalayak ramai, agar semua tahu apa kebenaran yang mahu kita sampaikan. Lantang di belakang apa gunanya? Tak akan masih mahu mengharapkan muslimin juga? Sampai bila muslimat tidak akan berani.

"MUSLIMIN YANG TIDAK MENDORONG DAN PASIF"

Muslimin pun terlibatkah?

Sepatutnya, musliminlah yang menjadi pendorong semangat kepada para jelitawan muslimah agar mereka mampu terkehadapan dan berani. Memberi peransang dan peluang untuk muslimat bercakap serta ruang mengemukakan pandangan dalam apa jua apsek tindakan yang memerlukan buah fikiran daripada muslimat, bukannya memberi kata pelemah atau terus ‘kondem’ dengan pendapat daripada muslimat. Ini bukan daya penaik atau pembimbing tetapi pelemah semangat.

Saya tahu mengapa lelaki kuat dan lazim benar bersikap begini terhadap muslimat, tidak lain dan tidak bukan kerana terlalu ego untuk menerima pandangan muslimat. Ustaz-ustaz tidak mahu idea para muslimat yang bernas lagi matang itu mengatasi idea-idea mereka, ini akan menjatuhkan air muka lelaki, kata mereka. Lelaki pula, apabila melihat muslimat menggugat kredibiliti mereka, apalagi mulalah mereka menyekat dan kondem bulat-bulat suara di kalangan muslimat. Langsungnya muslimin terus dengan keegoannya dan muslimah bersama sikap kelesuan dan sifat malu angkara sikap muslimin yang tidak langsung mahu memberi peluang dan menyekat pandangan mereka.

Tidak kiralah di mana, ketika mesyuarat atau apa-apa sesi muhasabah sekalipun, apabila mula melihat seorang muslimat itu kerap kali bangun memberi komen juga terlebih dari sudut idea dan buah fikirannya, ustaz-ustaz sudah mula tidak boleh duduk diam, punggungnya agak kepanasan, dalam hati mula melalut berkata dan menganggap yang bukan-bukan pada muslimat: 'muslimat poyo! cakap sahaja berjela-jela, tapi tak serupa bikin!'

Muslimin, tolonglah jangan bersikap begitu ya! Terimalah keterbukaan dalam menerima apa jua idea, sekalipun dia seorang wanita.

Muslimat pula, jadilah seorang yang berani dalam perkara kebaikkan sekalipun anda duduk di sekitar khalayak yang ramainya melebihi lelaki di sekeliling. Buangkan malu tidak bertempat itu.

Akhirnya, muslimat, wanita dan perempuan perlulah segera sedar agar kepentingan untuk menempatkan kedudukan muslimah di hadapan adalah rasional yang amat-amat penting dan perlu diutamakan ketika ini. Kita dicabar oleh wanita-wanita non-muslim yang lantang bersuara, walaupun apa yang mereka perjuangkan itu belum tahu asas kebenarannya. Lantas kita sebagai muslimah, wanita dan perempuan yang beragama ISLAM perlu gah dan tidak perlu malu untuk ke hadapan bagi menyatakan apa yang sepatunya dibenarkan. Biarlah status kita sebagai muslimah yang sinonim dengan kelemahan budi dan akhlak tetapi kuat jiwanya, siapa tahu muslimah inilah sebagai penggugat dan penyambung kekuatan muslimin suatu hari nanti. Sebab itulah ada pepatah yang menyebut: ‘TANGAN WANITA YANG LEMBUT BISA MENGGONGCANGKAN ISI DUNIA’

Muslimah, jadikan kata-kata itu sebagai penguat semangat dan pendorong yang mampu merubah masa depan anda kepada seorang yang malunya bertempat dan berani pada menyatakan yang hak. Muslimah yang kuat dan berani adalah muslimah yang malunya dipelihara dan kental jiwa raganya. Malu kerana menjaga maruah dan berani juga kerana mahu mendaulatkan maruah.
Muslimah, buktikan!

justeru itu, adakah...

Justeru itu....

Adakah anda seorang muslimah yang mahu digelar pasif juga pengecut? Biarlah kita dikatakan over tetapi kita terus dengan prinsip untuk menjulang martabat muslimah dengan cara merealisasikannya dalam gerak kerja.

Anda pula bagaimana? Bersetuju?

Sumber : http://afiqsaleh.blogspot.com/2009/05/aduhai-muslimat-kita-anda-tak-akan-ke.html

Sunday, August 9, 2009

8 Tips buat lelaki

0 Comments

Bismillah wal Hamdulillah

[untitled.JPG]

Setiap
isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.


1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’ (mmm...bertimbang rasalah tu)
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri (sampai hati ker biarkan jerk?)
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

p/s : copy je ni.. http://haryanies.blogspot.com/

Wallahu A'lam

Friday, August 7, 2009

Kisah 1 - Si Pemotong Kayu

0 Comments

Bismillah wal Hamdulillah..

Assalamualaikum semua. Sihat? Lama dah tak menulis dalam blog ni. Sibuk yang pelbagai. Imtihan, program dan macam-macam lagi. A'la kulli hal, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Pagi ni berkesempatan juga nak update. Just nak cerita satu kisah ni, dapat dari buku motivasi minda 'Membina Jati Diri Gemilang' ~ Thanks to the owner.

Al kisahnya..

Suatu hari ada seorang pemotong kayu. Pada mulanya dia bekerja sendiri tapi akhirnya dia mendapat pekerjaan dengan seorang saudagar kaya. Upahnya cukup lumayan, maka si pemotong kayu ni pun berazamlah untuk bekerja dengan sebaiknya.

Pada hari pertama, saudagar kaya memberinya sebilah kapak dan menunjukkan tempat dia bekerja. Dengan semangat yang jitu, dia bekerja gigih hingga dapat menebang sebanyak 18 batang pokok. Saudagar berasa sangat bangga mendapat pekerja yang cekap menjalankan tugas. "Bagus, teruskan begitu," kata saudagar.

Terdorong oleh kata-kata perangsang itu, pada hari kedua si pemotong pun bekerja lebih pantas dan berkualiti. Tetapi apabila senja tiba, dia hanya mampu menebang sebanyak 15 batang pokok.

Pada hari ketiga, dia berusaha lebih kuat tapi dia hanya mampu menebang 10 batang pokok saje. Hari demi hari jumlah pokok yang mampu ditumbangkan semakin berkurangan.

"Tentu aku sudah kehabisan tenaga," fikir si pemotong kayu. Lalu dia berjumpa saudagar untuk meminta maaf kerana gagal menunjukkan prestasi yang meningkat, sebaliknya menurun dan terus menurun.

Mendengar pengakuan si pemotong kayu, saudagar pun bertanya "Bila kali terakhir kamu mengasah kapak kamu?"

"Asah?" Ternaik kening si pemotong kayu mendengar pertanyaan itu.

"Saya takde masa nak mengasah kapak saya. Saya terlalu sibuk menebang." Jawab si pemotong kayu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Tamat.

Ok, got the massage ??
Boleh fikir sendirikan lah ye kesimpulan dari kisah ni. Tak nak huraikan pun. Sama-sama renung dan teliti semula kehidupan kita, gerak kerja kita dan semua tingkah kita. Agak-agaknya ada tak tindakan yang kita lakukan sama seperti si pemotong kayu tu. Kalau ada, anggaplah kisah ni sebagai 'saudagar' yang menegur untuk kita untuk 'asah' semula 'kapak' yang semakin tumpul tu.

Wallahu A'lam

p/s : cite ni dah di edit sikit. (",)

Monday, August 3, 2009

Puisi

0 Comments

PUISI BUAT ANAKKU BERGELAR HAFIZ/AH

duhai putera puteriku hafiz dan hafizah...
tiada kata secantik bahasa...
untukku untaikan kata...
bagi menggambarkan...
betapa sejuknya perutku mengandungkanmu...
bagai sejuknya salji di kutub utara...
putih suci menakluk jiwa...
tiada gambar seindah lukisan...
untukku lakarkan perasaan...
betapa aku mengagumi mu...
yang petah menyebut kalimah wahyu...
hingga menjadikan aku bagai berada...
dibawah naungan lembayung syurga...

Anakku...belahan sukma...
ku harapkan kau berada di puncak dunia...
menggenggam misi dan visi Islam...
dengan laungan Allahuakbar...
biar gemanya memercik ke angkasa...
sehingga tiada titik noktahnya...


itulah harapanku seorang ibu...
yang akan sentiasa mengangkatmu...
bila kau rebah...
yang akan sentiasa menyapu airmatamu...
bila kau menangis...
yang akan sentiasa menasihati mu...
bila kau tersilap langkah...
yang akan sentiasa menghulurkan tangan...
bila kau menggapai...

justeru...
usahlah gentar wahai anakku...
kerana kekuatanku sebagai seorang ibu...
boleh menggoncang sebuah dunia...
teruslah melangkah...tanpa gundah...
biar rebah bangun semula...
biar patah sayap terbang jua...
maju kehadapan... terus berjuang
genggam bara api biar sampai jadi arang...

ingatlah kau sentiasa dalam gendonganku...
walau dimana sahaja kau berada...
ibumu tetap menyayangimu...
biarpun hingga luluh hati ini...
biar hingga denyutan nadi terhenti...


nukilan :Pn. Zaitun hj Rofie,

Pendang, Kedah Darul Aman.

dari blog : http://ahliquran.blogspot.com/

Thursday, July 2, 2009

Liqa Mahabbah 2009

0 Comments

Bismillah wal Hamdulillah..

Seminar Pemahaman Ilmu Qiraat (SPIQ '09)

Seminar Ilmu Qiraat (SPIQ '09) yang julung kalinya dianjurkan oleh DPM Maqaaz Shoubra yang juga melibatkan pelajar Qiraat Mansurah dan juga ahli DPM & BKAN taakhi. Sambutan menggalakkan dari semua pihak melebihi sasaran. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berusaha menjayakan seminar ini. Moga objektif untuk mendedahkan ilmu Qiraat kepada masyarakat dapat dicapai, insyaAllah.


Kejohanan Tertutup Piala Exco 2009

Kedua-dua program di atas merupakan antara program utama dalam program mega musim panas Liqa Mahabbah (LIMA) Shoubra. Harapan dengan berakhirnya program-program musim panas ini dapat memperkukuhkan lagi ukhuwah di antara sahabat-sahabat DPM Maqaaz Shoubra sekaligus melatih bakat-bakat baru dalam bidang pengurusan dan penganjuran program.

~ Program Sambutan Sepuluh Tahun BKAWM (SEDEKAD '09) pula menanti pada 14 - 21 julai ini, insyaAllah.